Assalammualaikum dunia yg hanya pinjaman semata2
Kehidupan dan naluri manusia
Sedikit demi sedikit naluri dan jiwa kita yg dijentik dgn hal2 yg kita xmampu hadapi saban hari dan waktu
Aku mulakan dgn diri aku sendiri
aku dilahirkan pada 1jan 1984
Sedikit kelakuan bayi pada tarikh dan thn itu menurut mak aku ialah aku ni baikla,, hihi ,, aku dilahirkan dgn bantuan doktor yg bernama suraya. Mak slalu crita. Doc tu itu la inila so aku kalau tau n jumpa doc tu nk je aku peluk dia ckp tq doc😁
Setiap kali mak crita , jiwa wanita dan ibu pasti menggigil dlm jiwa aku. Siapa yg xnk rasa apa yg mak kita rasakan?
Namun aku sorokkan lagi jiwa itu
Anak mak mula jadi isteri org 5 thn yg lepas.. ttp jadi isteri yg belum ada gelaran mak,ibu,mama,ummi,mummy,mother eh mcm2 la
Masih segar dlm ingatan thn petama bergelar isteri.. lepas kahwin, apa yg dinanti adalah cahayamata. Namun bulan demi bulan yg dilalui bukan semanis yg kita harapkan
Petama kali aku buat beli pregnancy test sbb lewat dtg bulan buatkan aku nervous mcm nak amik spm. Koraang mesti tau masa nak spm kan. .?
Sebelum test, aku google tanda2 yg aku alami. Excited bila baca n rasa diri ada tanda2 tu
Sudahnya aku excited nak test. Beria2 nak buat, tanpa pengetahuan suami.
Keadaan atau situasi tunggu keputusan xsemudah abc
Walau sekejap tp mcm2 sempat lintas dlm kepala
Eh cm ne nk kasitau husband kalau preggy ek
The best way to make him happy
TP..... sudahnya..hampa
Bermula dari itu saban bulan aku beli pregnancy test tu. Sbb aku mmg jenis lewat dtg period lepas jek kahwin. Time tu ingt preggy la memanjang. Tp tidak ye kawan2
Setiap test yg aku buat xpernah aku xharap.. semua ada harapan. Pernah sekali suami nmpak aku nak test dia duk tunggu n aku hanya mampu kata "xde b"
Mungkin yg xlalui xrasa jiwa remuk hancur dan hampa,, mana lagi aku nak nangis mmg kt dada suami tpt aku,, bukan nak menunjuk tp itula tpt best utk airmata aku kering
Kalau nak kata kata2 dari org sekeliling, aku da puas hadap. Da puas jawab, da puas senyum, da puas sakit ati, da puas kecik hati, da puas tahan airmata walau airmataa da bertakung tunggu masa nak jatuh. Itupun masih ada yg bagi nasihat.. sabar suri,,sabar,, ye aku tau sabar. Tp aku tau korang pun tau sabar ada tahap kan.. sudahnya aku sorokkan lagi jiwa dan hati aku
Baby ..
kalau la korang tau jiwa aku setiap kali tgk baby.. mcm meronta2
Itula jiwa aku. Tp jgn risau aku xkan amik ank korang. Aku just nak tumpang sengih sorang2 gtk gelagat baby tu
Tau tak perasaan tu.. susah nak gambarkan. Dia macam ni. Ko nak kan sesuatu bukan kepunyaan ko. Ko rasa macam baby tu baby ko.. so ko berangan mengandung ko berangan morning sickness ko berangan ngidam ko berangan husband manjakan ko, ko berangan rasa baby gerak2 ko berangan sakit nak lahirkan ko berangan berpantang ko berangan susukan baby.. sudahnya kau hanya hidup dlm berangan. Kalau aku teruskan hidup mcm tu xke aku giler nnti. Aku mengadu nangis meratap hiba dan mcm2 pada yg empunya alam
thn demi thn hingga thn ke4. Aku sudah cukup redha
pasrah dgn ketentuan ilahi. Cukup kuat utk lalui perjalanan yg ditentukan.
Aku xkn share apa yg pernah org perkatakn pd aku sbb bgi aku biarla aku simpan smpai mati. Mana yg da tau biarla
Zaman muda aku da berlalu. Aku slalu kata. Ko da tua suri. ALLAH xkan selamanya beri ujian pahit, akan ada ujian manis buat kau satu hari nnti
tiada lagi pregnancy test yg aku beli
aku sihatkn diri. Senam2. Happy2. Makan mknn tambhan yg baik dan sediakan badan yg sihat sbgai persediaan sekiranya ALLAH hadiahkan aku dgn anak kecil bernama zuriat, jika tiada aku trima kehidupn manis sepanjang usia aku pun sudah cukup bersyukur
ALLAH lebih tau akn masa dan rezeki yg sesuai utk aku sbg hambanya
menuju thn ke5 perkahwinan kami. Aku cukup bersyukur krn suami memahami walau aku tau dia jgk punyai keinginan tersendiri
maafkan i b
Krn aku masih belum menjadi isteri yg sempura
Nukilan
Ummi Surinah Abd Samad
Jumaat 18 sept 8.45 pagi
tmn sri saujana kota tinggi johor
No comments:
Post a Comment